FORUM KEUSAHAWANAN PENIAGAWATI & PERHEBAT
Ahli yang dihormati,
Anda dijemput untuk menyertai & memeriahkan Forum Keusahawanan anjuran bersama PENIAGAWATI dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) yang akan diadakan pada:
Tarikh: 27 November 2019 (Rabu)
Masa: 9 pagi – 12 tengah hari
Tempat : Dewan Syarahan PERHEBAT, Sungai Buloh
Forum ini didatangkan dengan barisan panel speaker yang terdiri dari ahli PENIAGAWATI yang berpengalaman dalam bidang masing-masing, antaranya ialah:
Dato’ Azlin Ahmad Shaharbi
Topik: Kepentingan Berpersatuan
Datin Dr Hasnorliza Abu Hassan (Keusahawanan)
Topik: Pengurusan Kewangan dalam Perniagaan
Dato’ Freida Pilus (Pendidikan)
Topik: Pembangunan Diri & Kepentingan Pendidikan Sepanjang Hayat
Dato Normaziah Sheikh Mohamed (Pemasaran)
Topik: Tembusi Pasaran Baru dengan Pemasaran Efektif
Puan Nadiah Abas (Pelancongan)
Topik: Peluang Perniagaan sempena Tahun Melawat Malaysia 2020
Berita baik untuk semua ahli! Forum ini akan berjalan seiring dengan satu karnival keusahawanan di mana anggaran kehadiran mencecah 1,000 orang!
KENAPA AHLI PERLU HADIR?
– Dengar dan pelajari dari Wanita Wanita Hebat PENIAGAWATI
– Bina jaringan niaga di antara ahli PERHEBAT dan PENIAGAWATI
– Membuka peluang untuk mengenali potensi pasaran dari kalangan ahli PERHEBAT
Jom kita bersama-sama memeriahkan lagi forum keusahawanan ini! Pendaftaran hanya dibuka kepada 50 AHLI TERAWAL sahaja
SIAPA CEPAT, DIA DAPAT!