About Us
About Peniagawati
The Association of Bumiputera Women in Business and Profession, or better known as Peniagawati was set up on 24 March 1980 and is the oldest women entrepreneur association in Malaysia. Peniagawati has over 1000 members from various industries and professions ranging from micro, small, medium to large enterprises. Being the pioneer in women entrepreneurship in Malaysia, Peniagawati works very closely with government ministries and agencies in Malaysia as well as with the private sector, other NGOs, international partners and the media.
Throughout nearly 4 decades since its establishment, Peniagawati has organised various activities for the benefit of its members and Malaysian entrepreneurs at large in terms of enhancing the business and profession. Amongst Peniagawati’s program are entrepreneurship courses, trade exhibitions, leadership and management seminars, dialogue with relevant authorities and talks on financing facilities. In order to expand markets and networks for entrepreneurs in the international arena, Peniagawati has organised many business missions abroad to various cities including London, Athens, Istanbul, Paris, Madrid, Colombo, Hong Kong, Guangzhou, Dubai, Jakarta and Ho Chi Minh.
In 2017, Peniagawati organised the Malaysia Fashion & Business Mission to New York where it had the success of bringing Malaysian entrepreneurs including designers to penetrate the US market. Due to the success, Peniagawati once again organised the Mission to New York with the strong 90-member delegation comprised of Malaysian entrepreneurs from the fashion industry, food & beverages, lifestyle and others. The main objective of this mission was assisting the delegation to build and expand their business networks in the US while the Malaysian designers will showcase their designs in NY runways in conjunction with New York Fashion Week.
In the conducive entrepreneurship ecosystem of Malaysia, Peniagawati will continue embarking on effective and impactful programs to develop and empower women entrepreneurs in Malaysia.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh dan Salam Sejahtera kepada ahli Peniagawati yang saya kasihi serta semua tetamu laman web Peniagawati yang sedang membaca! Saya mengalu-alukan kehadiran semua di dalam komuniti ini di mana laman web ini memaparkan maklumat tentang Peniagawati di dalam usaha kami membangunkan usahawan wanita Bumiputera di Malaysia. Adalah juga diharapkan bahawa info yang dikongsi di sini dapat memberi manfaat kepada semua tetamu terutama usahawan di dalam memantapkan perniagaan ke arah kejayaan.
Peniagawati atau nama rasminya Persatuan Wanita Bumiputera dalam Perniagaan dan Profesyen adalah persatuan usahawan wanita yang tertua di Malaysia dan telah ditubuhkan pada tahun 1980. Pada tahun 2020 ini, Peniagawati menjangkau usia 40 tahun, Alhamdulillah – saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Ulangtahun ke 40 kepada Peniagawati! Selama 4 dekad, Peniagawati telah memainkan peranan penting di dalam persada keusahawanan negara terutama sekali di dalam pembangunan usahawan wanita di Malaysia melalui pelbagai program termasuk latihan keusahawanan, meluaskan jaringan niaga, membuka pasaran domestik dan antarabangsa, menganjurkan misi dagangan dan lain-lain. Sebagai peneraju kepada kecemerlangan usahawan wanita di Malaysia, Peniagawati juga telah dijemput untuk mengadakan kolaborasi di dalam forum dan persidangan antarabangsa yang bertempat di Malaysia dan di luar negara.
Saya bangga kerana Peniagawati masih giat meneruskan perjuangan dengan aktif dan gigih hingga sekarang dan telah mencapai prestasi yang tinggi serta dihormati di kalangan kementerian dan agensi kerajaan, pihak swasta, para media, usahawan dan masyarakat secara am. Saya juga bangga kerana Peniagawati masih bertahan sebagai persatuan yang relevan atas hasil usaha dan komitmen dari pemimpin dan ahli Peniagawati yang sentiasa bekerja keras demi mencapai objektif Peniagawati dalam membangunkan usahawan wanita Bumiputera. Terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada semua warga Peniagawati yang terdiri dari 1500 usahawan wanita berusia 18 hingga 94 tahun dari pelbagai industri yang merangkumi usahawan dari peringkat start-up kepada yang telah berjaya.
Dengan sokongan semua pihak, tentunya Peniagawati akan meneruskan segala usaha untuk membangunkan usahawan wanita, lebih-lebih lagi di dalam era covid-19 yang mencabar ini. Saya sedar ramai usahawan wanita yang terkesan akibat pandemik ini dan sedang mengharungi pelbagai dugaan di dalam perniagaan tetapi saya percaya dengan kesabaran, kegigihan dan sikap yang positif, kita akan berjaya membina kembali perniagaan kita di dalam norma baharu. Semasa PKP, Peniagawati sentiasa mencuba untuk membantu usahawan melalui kursus dan bimbingan atas talian, menyalurkan maklumat penting tentang bantuan-bantuan kerajaan dan peluang perniagaan yang baru serta berbincang dengan pihak berkenaan tentang isu-isu usahawan. Pada masa ini, amatlah penting bagi usahawan untuk memberi sokongan antara satu sama lain untuk kejayaan bersama, in shaa Allah. Dan saya berharap lebih ramai usahawan wanita akan menyertai Peniagawati untuk mendapat sokongan dan maklumat yang terkini yang tentunya akan membantu perniagaan kita. Sesiapa yang ingin mendapat butir-butir lanjut tentang Peniagawati, silalah berhubung dengan sekretariat Peniagawati dan layari laman web ini dari masa ke semasa.
Akhir kata, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kerjasama kepada Peniagawati selama 40 tahun dan saya berharap agar sokongan ini akan berterusan agar kita semua dapat bergabung tenaga dalam meningkatkan ekonomi usahawan wanita Bumiputera.
Salam Hormat dari saya,
Dato ’Azlin Ahmad Shaharbi
Presiden Peniagawati
Past Presidents
Allahyarhamah Puan Hajah Zainon Tan Sri Zainal Abidin
Allahyarhamah Puan Hajah Faridah Shamsudin
Allahyarhamah YBhg. Datuk Wira Dr. Maznah Abd Hamid
YBhg. Dato’ Mohaiyani Shamsudin
Allahyarhamah YBhg. Puan Sri Datin Ashidah Minin
YBhg. Dato’ Hazimah Zainuddin
YBhg. Dato’ Azlin Ahmad Shaharbi
YBhg. Dato’ Emmy Suraya Hussein
Exco Members
Dato’ Emmy Suraya Hussein
Head of Special Projects Bureau
eshsmg@gmail.com
Latifah Ghazali
Head of Welfare & Spirituality Bureau
lnkmultivision@gmail.com
Emma Khalid
Head of Membership Bureau
emma_khld@yahoo.co.uk
Nida Hamid
msnidahamid@gmail.com
Sharifah Azizah Sayeed Aman Ghazali
Head of Entrepreneurship & Networking Bureau
shazizah@empiregroup.com.my
Ku Nor Nadia Ku Yahya Kamardin
kunornadia@yahoo.com
Dr. Azrina Torman
Head of Sports and Social Bureau
azrinatorman@gmail.com
Elis Suhaili Abd Rahman
elis.mhm@yahoo.com
Sartika Dewi Sahat
artiq769@gmail.com
Selinastein Mohd Rashid
selinastein75@gmail.com
Fatin Lidia Kamal
lydianatika@gmail.com
women entrepreneurs
participated
Since 1980
Contact
- NW-03A-26, Cova Square, Jalan Teknologi,Kota Damansara, PJU 5 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
- +6018-2141 600 (Mobile) / +603-6158 1600 (Office)
- peniagawati@gmail.com
- Monday - Friday (closed on public holiday)
- 9.00 am - 5.30 pm