Tuan/Puan,
Seperti yang diketahui umum, penangguhan otomatik bayaran balik
pinjaman yang ditawarkan oleh pihak bank pada April 2020 akan berakhir pada
30 September ini. Sehubungan dengan itu, Bank Negara Malaysia (BNM) akan
menganjurkan Klinik Bantuan Bayaran Balik (Repayment Assistance Clinics),
seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 5 & 6 September 2020 (Sabtu & Ahad)
Masa: 10.00 pagi – 7.00 petang
Tempat: Tun Dr Ismail Ballroom, World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur (dahulu dikenali sebagai PWTC)
Klinik Bantuan Bayaran Balik ini bertujuan untuk membantu individu dan PKS
yang terkesan akibat pandemik COVID-19 untuk mendapatkan bantuan bayaran
balik dari pihak bank masing-masing dalam perbincangan secara ‘face to
face’. Klinik Bantuan Bayaran Balik juga bertindak sebagai platform untuk
golongan tersebut merangka pelan bayaran balik setelah berakhirnya tempoh
moratorium dengan pakej pelan bantuan yang disediakan untuk pengguna
kewangan.
Untuk makluman,
hanya bank yang terpilih akan turut serta dalam Klinik Bantuan Bayaran
Balik di atas berdasarkan permintaan peminjam dan kriteria tertentu.
Dengan ini, kami ingin menjemput ahli-ahli dan usahawan yang
memerlukan bantuan bayaran balik untuk pinjaman perniagaan dan
persendirian, hadir pada tarikh dan tempat di atas. Untuk pendaftaran
kehadiran, sila daftar melalui selewat-lewatnya pada 26
Ogos 2020.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai BNM seperti di
bawah:
- Pn. Azriah Abu Bakar di talian 019-2623897 (azriah@bnm.gov.my)
- Pn. Sabrina Adam di talian 012-6390279 (sabrinaadam@bnm.gov.my)
BNM akan mengambil langkah-langkah penting untuk memastikan
keselamatan peserta dan pengunjung serta mematuhi SOP COVID-19 yang telah
ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.
Terima kasih